Quantcast
Channel: MALAYSIAN INSIDER - MALAYSIAKINI » 1 MALAYSIA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Selamat Menyambut Hari Songkran

$
0
0

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Songkran (Tahun Baru) kepada semua rakyat Malaysia berketurunan Siam, tidak kira di mana saja mereka berada.

Saya berharap semoga kedatangan tahun baru ini akan menambahkan lagi keazaman, tekad dan kesungguhan semua anggota masyarakat Bumiputera Siam di negara ini untuk terus berusaha dan bekerja dengan lebih gigih dan tekun demi kesejahteraan dan kemakmuran diri, keluarga, masyarakat serta negara.

Dalam kegembiraan menyambut kedatangan tahun baru ini, saya berharap anggota masyarakat Bumiputera Siam tidak lupa untuk menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi apabila tiba masanya.

Kerajaan Barisan Nasional menerima dan mengiktiraf kedudukan masyarakat Siam sebagai Bumiputera di negara ini. Sehubungan itu, Kerajaan Barisan Nasional akan memastikan masyarakat Siam terus menikmati pelbagai keistimewaan sama seperti yang dinikmati oleh Bumiputera lain.

Sehubungan dengan itu, buatlah pertimbangan yang bijaksana ketika menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi supaya kita dapat mewarisi negara yang aman, stabil dan berdaulat kepada keluarga kita.

Sekian, terima kasih.

1Malaysia, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”


    Viewing all articles
    Browse latest Browse all 10

    Latest Images

    Trending Articles





    Latest Images